1. Paip air dalaman selepas tangki disyorkan dari jenis GI kelas C, UPVC sekurang-
kurangnya kelas E, paip stainless steel, polysteel atau paip yang berkualiti yang
ada dipasaran.
2. Semua paip pembahagi (distribution pipe) disyorkan bersaiz 38mm, dan mempunyai
paip pengudaraan (vent pipe).
3. Tangki air diwajibkan dan disyorkan mencukupi 50 gelen sekepala dan sekurang-
kurangnya 150 gelen. Tangki mempunyai kelengkapan yang cukup seperti injab bebola
yang berkualiti, paip cuci dan paip air limpah.
4. Pihak JBA/SATU tidak bertanggungjawab semua kerja-kerja pemasangan paip
dalaman yang dijalankan oleh tukang paip. Tukang paip hendaklah mempunyai lesen yang sah dan sentiasa mematuhi spesifikasi kerja-kerja paip dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh JBA/SATU.
5. Paip perhubungan dan stand meter hendaklah dari jenis stainless steel bersaiz minima
¾ inci. Manakala paip naik ke tangki (riser pipe ) hendaklah dari jenis GI kelas C
sahaja. Stand meter perlu dilengkapi dengan ballofix valve ¾ inci dan kedudukannya
diluar kawasan pagar (sebelum longkang). Meter air ½ inci dan stand meter ¾” serta
ballofix valve akan dibekalkan oleh SATU dengan caj bayaran tertentu.
6. Pepasang stand meter seperti ballofix, stock cock pertama, meter dan stop cock kedua
mestilah berkedudukan sebaris.
No comments:
Post a Comment