Sunday, May 27, 2007
UNTUK SAMPAIKAN ADUAN KEROSAKAN DAN BIL
Wednesday, May 23, 2007
CAJ KERJA-KERJA KHAS
Wednesday, May 16, 2007
SYARAT-SYARAT PAIP DALAMAN
1. Paip air dalaman selepas tangki disyorkan dari jenis GI kelas C, UPVC sekurang-
kurangnya kelas E, paip stainless steel, polysteel atau paip yang berkualiti yang
ada dipasaran.
2. Semua paip pembahagi (distribution pipe) disyorkan bersaiz 38mm, dan mempunyai
paip pengudaraan (vent pipe).
3. Tangki air diwajibkan dan disyorkan mencukupi 50 gelen sekepala dan sekurang-
kurangnya 150 gelen. Tangki mempunyai kelengkapan yang cukup seperti injab bebola
yang berkualiti, paip cuci dan paip air limpah.
4. Pihak JBA/SATU tidak bertanggungjawab semua kerja-kerja pemasangan paip
dalaman yang dijalankan oleh tukang paip. Tukang paip hendaklah mempunyai lesen yang sah dan sentiasa mematuhi spesifikasi kerja-kerja paip dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh JBA/SATU.
5. Paip perhubungan dan stand meter hendaklah dari jenis stainless steel bersaiz minima
¾ inci. Manakala paip naik ke tangki (riser pipe ) hendaklah dari jenis GI kelas C
sahaja. Stand meter perlu dilengkapi dengan ballofix valve ¾ inci dan kedudukannya
diluar kawasan pagar (sebelum longkang). Meter air ½ inci dan stand meter ¾” serta
ballofix valve akan dibekalkan oleh SATU dengan caj bayaran tertentu.
6. Pepasang stand meter seperti ballofix, stock cock pertama, meter dan stop cock kedua
mestilah berkedudukan sebaris.
SYARAT KELULUSAN PAIP RETIKULASI
1. Pemohon/pemaju hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Pengurus Daerah Satu sekurang-kurang satu(1) minggu sebelum memulakan kerja-kerja dengan mengemukakan salinan lesen kontraktor, senarai barang-barang untuk pemeriksaan dan menunjukkan kelulusan paip retikulasi dari JBA.
2. Semua paip dan barang-barang yang disediakan hendaklah kilang yang mempunyai pengesahan kualiti SIRIM, pengesahan IKRAM serta sijil pengesahan SATU.
3. Penggunaan paip UPVC mestilah memenuhi spesifikasi Lead Free kelas D. Manakala paip ductile iron memenuhi spesifikasi K 9. Saiz minima paip retikulasi 150mm garispusat.
4. Semua injap salir mestilah menepati piawaian BS 5163 Type B dan diperbuat daripada ductile iron body (disalut dengan polymeric coating-fusion bonded epoxy coating disebelah dalam dan luar) serta dilengkapi dengan resillient wedge, staimless steel shaft spindle dan double o-rings.
5. Pemaju/pemohon perlu menyerahkan paip air dengan mengisi borang berkenaan sebelum air bersih dapat disalurkan keprojek tersebut dan tempoh tanggungan kecatatan ialah satu(1) tahun selepas penerimaan.
6. Tempoh sah laku ulasan/kelulusan ini adalah satu(1) tahun dari tarikh
Tuesday, May 15, 2007
CAJ KERJA-KERJA KHAS
Paip DI, UPVC, AC, GRP ialah RM 350.00 (semua saiz paip)
HDPE ialah RM 450.00 (semua saiz paip)
(rujuk:SATU 2.01/011(66) - 30 April 2007)